Buat Hadiah Rekaan Anda Secara Online!

30 November 2009

Cara shopping pada masa akan datang

Aku suke!!best la nk shopping cmni..x payah susah2 cari fitting room lg dowh...xde lak nak timbul isu skodeng lam fitting room tu...huhuhu....
Korang tunggu la...suatu hari nanti mesti apa yg ditunjukkan lam video ni akan menjadi kenyataan....zaman dah maju....dunia dah berubah...



Awesome!!

Lelaki yang Susah

Kenapa lelaki rasa cmni??adakah ia disebab perempuan??atau sebab lelaki itu sendiri??

1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.


2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.


4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.


5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.


6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.


7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.


8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.


9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.


10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.



Korang renung-renungkanlah...dan selamat beramal....



OH! Dungun

Dah lebih kurang 20 tahun aku duk kt dungun ni....2 tahun je sebenarnye.....huhuhu.....
Tapi aku tak pernah pun rase cm orang Dungun...maybe aku ni mmg bukan orang Dungun kot...arghh...mmg la bukan dowh....aku orang BP la dowh...Umbrella Hills....ekekeke......aku sedang merapu ni....ntah pape....giler kot...tgk je la 2 3 keping foto kt bawah ni.....kt bandar Dungun la tu.....baru snap td ngn henfon SE S500i Hafiz Samad mase tunggu Judin g beli selipar.....


























Haa..mamat yg tgh berjalan(x nampak die bjln sebab ni gambar still) tu la Judin...haha....blurrr.......

29 November 2009

Ibadah Korban


Hukum Korban
Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.
Waktu melakukan ibadah Korban
Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.
Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?
Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.
Pembahagian daging
Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).





































Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?
Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir.





































Bolehkah daging korban disimpan?
Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.





































Sedekah pahala korban unuk Nabi
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untukdirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi
Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w  dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.

24 November 2009

Lembu yang Gagah Perkasa

Ntah pape aku citer pasal lembu lak nih...btw...enjoy it...(enjoy dgn lembu??)



Ade lagi...klik more tu....

23 November 2009

Foto kemalangan Ngeri..!!

Foto-foto di dalam entry ini amat NGERI dan JIJIK dan mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pihak. Bagi mereka yang  mudah lemah semangat dan takut akan darah dinasihatkan supaya tidak meneruskan hajat untuk membaca entry ini. Jika ada pihak yang berdegil dan telah termuntah ke atas komputer masing-masing, pihak Green Boy a.k.a Budak Hijau tidak akan bertanggungjawab.

Harap Maklum.

Perkara yang sudah terlepas atau hilang dari Umat Islam

  • Ilmu Pengetahuan
  • Kepimpinan bertaraf sejagat
  • Akhlak dan budi pekerti yang mulia
  • Ukhwah dan kasih sayang
  • Rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap kaum wanita
  • Perpaduan dan kesatuan Umat Islam
  • Rasa bertuhan dan rasa tauhid
  • Rasa cinta kepada Akhirat
  • Rasa takut dengan Tuhan atau dosa
  • Rasa tawakal
  • Rasa qanaah
  • Sifat redha
  • Sifat sabar
  • Sifat tolak ansur
  • Persahabatan di kalangan kaum muslimin
  • Sifat taat dan setia kepada pemimpin
  • Tamadun Islam
  • Undang undang dan perlembagaan Islam

Walaupun ringkas...renung2kanlah.....

Lukisan yang mengagumkan..!!



























Fuhh!!!
Dasyat kan??
Nampak real jee......

Foto ngeri mayat dari kubur!!

Aku tak nak membebel banyak2....korang tengok dan renung2kan sendiri la ye...



Foto-foto di dalam entry ini mungkin mengerikan bagi sesetengah manusia. Bagi mereka yang tidak mempunyai keupayaan untuk melihat foto-foto sebegini dinasihatkan supaya tidak terus membaca entry ini. Jika anda masih berdegil, pihak Green Boy a.k.a Budak Hijau tidak akan bertanggungjawb jika anda termuntah di atas keyboard PC anda.
Sekian. Harap Maklum.

1 pagi di Batu 50

Bertemu kembali...kali ni entry aku ntah pape la..aku tgh boring ni..duk layan lagu jiwang je...maklumlah..jiwanglistic la katekan......

Aku baru sudah makan malam tadi...awal aku dinner malam ni...pukul dua belas tengah malam..sampai kul 1 pagi lbh...hahaha....



Aku dan tiga sahabat lagi dinner kt sini....restoran Batu 50...walaupun kat sini mahal...tapi tetap pergi jgk..tak tau lah kenape....maybe penjaga kaunter kat situ lawa kot...huhuhu....
Time kitaorg g td org laen duk tgh syok tgk bola...mane lawan mane aku tak taulah sebab aku tak dapat tgk....dinding menghalang ku.....sedey betol.......tapi time goal org laen bersorak aku join je...hak3....

Sekian.....Wassalam.........

22 November 2009

Lagu best lagi....


Letto - Senyumanmu





Indah matamu derai rambutmu
Menunjukkan itulah keindahan yang memberikan
Bentuk senyuman sebentuk usapan
Kepada hati

Sinar wajahmu lembut katamu
Seperti nyamanku menggubah dunia
Kian terasa begitu hampa semuanya sirna
Tanpa cinta

Kutemukan arti kerinduan
Dan ku mengerti yang kucari

Kau bukanlah cantik mu yang kucari
Bukanlah itu yang aku nanti
Tetapi ketulusan hati yang abadi
Ku tau mawar tak seindah dirimu
Awan tak seteduh tatapanmu tetapi
Ku tau yang kutunggu hanyalah senyummu

Sinar wajahmu lembut katamu
Seperti nyamanku menggubah dunia
Kian terasa begitu hampa semuanya sirna
Tanpa cinta

Kutemukan arti kerinduan
Dan ku mengerti yang kucari

Kau bukanlah cantikmu yang kucari
Bukanlah itu yang aku nanti
Tetapi ketulusan hati yang abadi
Ku tau mawar tak seindah dirimu
Awan tak seteduh tatapanmu tetapi
Ku tau yang kutunggu hanyalah senyummu


Best tak??
Aku dengar best...hehehe..
Download MP3 Letto - Senyumanmu

20 November 2009

"Buah Hati Aku"

Haa....kat entry ni aku nak dedahkan sikit pasal aku punye buah hati.....korang nak tau aku tgh syok kat sape sekarang ni..??




Ade la......gambar die ade kat bawah ni......(klik read more tuu)

Hujan yang turun.........



Hujan wei...nak keluar pon susah...n malas jadinye...Korang tau tak ape hujan tu sebenarnye??
Hujan tu ialah air yg luruh ke bumi....hahaha.....




Biase la...sekarang ni kan musin kengtujuh....eh silap...musim tengkujuh la....Kalau keluar je dari rumah mmg konfem kena air...(x de idea ni)

Lalalala............nyanyi lagu hujan je la....


Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...





Habisss..............

18 November 2009

Cintan Seorang ROCKERS

Hola...korang pernah tak tulis surat cinta?
Atau korang pernah tak terima surat cinta?
Aku??
Hehehehe........

Ni aku share pasal surat cinta seorang rocker....rocker pun layan cintan jgk beb....tapi cintan diorang lain la sikit....mesti dgn cara seorang rocker.....korang bacalah surat akt bawah ni.....huhuhu

17 November 2009

mateMATIkAM!!!

Oh matematik....aku telah bosan denganmu....aku harap sem ni sem last la aku repeat kamu(kalau fail lg kali ni Great Britian la aku jawabnye)

Matematik membunuh.....




*Great Britian = Gagal Berhenti == GB...........Gantung Badan pun boleh jgk.....

Kenapalah ada subjek matematik ni kt dunia??
Sapelah yg pandai2 cipta matematik ni??
Menyusahkan jee......huhuhu......

Esok ada test lagi......

Korang....aku ada test lagi esok........System Analysis Design lak.....adoooyai......



Oh...kalaulah aku tau soalan2 yg akan keluar utk test esok......




DO NOT COPY!!!




Apa itu DFD??
DFD ialah singkatan daripada Daun Fokok Durian....hahaha....(aku sedang kebengapan ni)

....dan malas nk study......lalalala......(tgh layan lagu Sahabat Jadi Cinta..dah berpuluh kali aku dgr nih)

16 November 2009

Laptopku yang amat "canggih"

Kalau dulu aku ade tunjuk kat orang yang aku buat bedah siasat kat laptop aku kan...
Tapi kali aku nak kongsi lak keadaan laptop aku sekarang ni lak........CANGGIH siot.....




Haa....ni Acer Aspire 4720 aku yang aku beli 2 tahun lepas.......
Korang nak tengok ape kecanggihan laptop aku ni....ade kat bawah ni......

Study SQL la konon.....

Sekarang ni aku tengah study SQL untuk test esok......tapi dang(sempat) lagi tulis entry ni...ni lah care aku study.....otak multi tasking la katakan.....hahaha...pastu lame2 sangat kena end task...pastu shutdown....padan muke....



Hah.....tengok aku study.....rajin kan.....tapi ntah ape yg aku study xtau la.....bace byk2 kali pun still nothin...masuk spek kanan keluar spek kiri......huhuhuhu....
Aku study SQL ni kat website ni.....

Dinner malam ini di kedai Ma

Aku mls nk taip banyak2 kat sini...nk tunjuk je ape yang aku makan td....


Teh tarik.....buih dah habis aku sedut.....haha
Ade lagi.............

15 November 2009

Test Oh Test

Hohoho....test oh test......knp aku buat tajuk entry ni test oh test lak....haa...kalau korang nk tau esok aku dan kawan2 ada test utk subjek Database System......bab SQL.....korang yg tak tau ape2 mesti tertanye-tanye kan ape kejadahnye Database System & SQL tu.....

Korang igt korang tak tau pape aku nk bagitahu la???
Malas la aku.....(actually aku pun x bpe nk tau...hehehe...)

Tapi sebenarnye aku dalam minggu ni ade 3 test korang nk tau....abes la kena perah kepala otak ni....


















Ok..korang x payah nk fikir2 la knp aku letak gambar ni....mmg xde kena mengena pun dengan tajuk...hahaha...saje je sebab aku lapar sekarang ni.....

Lirik lagu Zigaz - Sahabat Jadi Cinta

Kuhantarkan bak di pelataran
Hati yang temaran
Matamu juga mata mataku
Ada hasrat yang mungkin terlarang

*
Satu kata yang sulit terucap
Hingga batinku tersiksa
Tuhan tolong aku jelaskanlah
Perasaanku berubah jadi cinta

Reff :
Tak bisa hatiku merapikan cinta
Karena cinta tersirat bukan tersurat
Meski bibirku terus berkata tidak
Mataku terus pancarkan sinarnya

Kudapati diri makin tersesat
Saat kita bersama
Desah nafas yang tak bisa teruskan
Persahabatan berubah jadi cinta

Back To *
Back to Reff

Reff:
Apa yang kita kini tengah rasakan
Mengapakah kita coba persatukan
Mungkin cobaan untuk persahabatan
Atau mungkin sebuah takdir Tuhan


Download Zigaz - Sahabat Jadi Cinta

Aku yang INSOMNIA

Korang tau tak ape itu insomnia??
Ia adalah sejenis spesis kucing yang baru di temui minggu lepas...hahaha....
Bukanlah......insomnia ialah sejenis penyakit...sakit susah nak tido....
Aku mmg menghidap simptom ni dari dulu lg...dari dalam perut ma aku...haha....


Sekadar foto hiasan


Sekarang ni dah pukul 3.30 pagi lebih dah....kelas nanti pukul 8...aku leh steady je tulis blog...yelah..kalu aku tutup mate pun bukannya aku boleh terus terlelap mcm korang...kurang2 tunggu dekat sejam dulu baru x sedarkan diri.....nanti ntah g kelas ke tidak laa....malas je rase......huhuhuhu......

Kejutan rakan yg sedang tidur

Hahahahahahaha.....
Ehh..ape kes lak aku ni awl2 dah gelak ni......korang nk tau kenapa?
Tengoklah video ni dulu.....





Bergelak ketawa la sikit......hahahahahahahaha

Lagu yang sedang top dlm carta hati aku...

Korang nak tau lagu ape.....ade kat bawah ni...

Zigaz - Sahabat Jadi Cinta



Best lagu ni.....tapi indon jgk yg jd pilihan a=hati aku..aku rase bukan aku je...org lain pun ramail jgk mcm aku......

Operasi bedah siasat my lappy::Acer Aspire 4720

Korang pernah buat bedah siasat tak kt laptop korang??
Kat sini aku nk kongsi sikit pasal laptop aku yg aku leraikan satu persatu dulu.....


Ni lah laptop aku....kat bawah ade gambar mase aku bedah siasat die.....bagi yg tak boleh tgk darah, elakkan melihat foto-foto di bawah...takut termuntah atas keyboard korang susah lak....(sape percaye die bengap tahap pasir berdengung)...hahahah......
Kat bawah ade gambar berdarah lagi.......

Sejarah henfon dalam hidupku.....

Manusia zaman sekarang ramai yg dah maju...yg tak maju mybe ade dlm 5% je dlm dunia ni(pandai2 je wt fakta sendiri)

So, ape yg aku nk citer kt sini ialah pasal henfon...tipulah kalu korang tak kenal henfon....adik aku yg darjah 5 tupun dah pakai henfon....kalau korang x tau henfon tu ape baik korang x yah bace blog aku ni..sebab org yg x kenal henfon mane reti nk kenal pc...hahaha

Dah2....panjang pulak aku berceloteh...berbalik pada tajuk entry ni lak....
Korang nk tau henfon ape yg mula2 skali aku pakai...
Senarainye ade di bawah....jeng3!!!


Haa..ni lah henfon pertama aku dulu....nokia 3315....ade dapat free je henfon ni..mase form 4..free cmne??secret laa...

Rumah Sewa

Rumah sewa??
Korang pernah duk rumah sewa x.....biase r mase study ni terpakselah aku duk rumah sewa ngn sahabat2.....cantik x rumah kt bawah ni??



Haa....kalau korang nk tau..ni lah bukan rumah sewa aku(actually rumah lecturer aku, Madam RRR)
Ade spambob besar lagi tuh..ni mase openhaus hari tu...hohoho....




Dan hakikat yg ingin aku tunjuk...................ade kt bawah ni.....

14 November 2009

Hujung minggu yang membuhsankan....

Semalam dan hari ni adalah hari hujung minggu yg amat membosankan bagi aku dan housemate...

So ape lg...kitaorg punplan r nk g derak....tp xtau nk g ke mana....last2 aku ikut je mmber aku tu...destinasi mmg menjadi buntu...jauh la jgk kitaorg merempit..ade dlm satu jam.....

Haa.....lps satu jam tu sampai la kitaorg kt destinasi yg x di jangka.......Kt mane korang nk tau....hehehe.....


Korang fikir la sendiri.....tgk je gambar tu...kalau korang knal kt mane korang mesti tau la kt mane tu...hahaha...berbelit je ayt....

Bulan terakhir sem 5...















Haa.....ni nak citer sikit pasal status budakhijau....aku ni sekarang tengah study lg...dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat(Pengaturcaraan)....mcm best je bunyi kan.....tp aku study kat politeknik je.....tp x pe laa...sambung belajar jgk namenye kan....

Sekarang ni aku dalam semester 5...dah lame aku dah sebenarnye aku study kat poli ni...tp rase mcm baru bulan lepas aku daftar masuk sem 1...
Sem 5 aku ni pun tinggal lebih kurang sebulan je lg...final exam dah dekat...tapi ape yg telah aku blajar dari awl sem ari tu baru masuk 35% dlm kpale otak aku ni....ntah pape laa....subjek yg paling aku blur sem ni ialah Java Programming...langsung x tau pape...tapi ni silap aku jgk...MALAS!!!

Malas ni mmg penyakit yg x de ubat la....cari la kat farmasi or hospital pakar mane pun....x de jual ubat utk penyakit malas ni....daa.....(malas nk tulis panjang2)

Kenapa "Green Boy"?




Kenapa aku pilih nama blog ni Green Boy....???

Sebab aku ni budak hijau....haha... tapi bukanlah body aku ni warna hijau.....tapi aku ni seorang yg amat fanatik akan warna hijau...kalu korang x paham tu maknenye aku suka warna hijau la(lembab la korang bagi yg x paham tu)....;)

Lagipun warna hijau kan warna yg bagus...memberi ketenangan, kesenangan, kenimatan.......bagus kan aku ni suke warnan hijau.....hehe.....

Dah la...kalau aku tulis panjang2 pun bukan korang rajin sangat nk baca kan...aku tau la.....dah....cukup sampai di sini utk entry kedua aku ni......wassalam.....

Became a Blogger...































Bermulalah hidup aku sebagai seorang blogger di sini....


Aku x mau cakap byk sebab aku x suke bercakap n.....kalu aku bercakap pun ade korang dengar????
Hahaha..mesti x dengar kan..laenlah kalo korang duk sebelah/tepi/belakang/depan/atas/bawah aku...


Orang laen berblogger aku pun nk gak...nampak cam best je....ni la aku nk try...tapi nanti x tau la aku rajin ke tak nk update aku punye blog ni....huhuhuhu...


Blog aku ni aku akan share macam2 yg best la dgn korang...gambar ke, video ke....n laen2 lg yg sewaktu dengannyalah.......