Buat Hadiah Rekaan Anda Secara Online!

10 March 2011

Kantoi Dengan Bini Dalam Wad

 


RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.




03 March 2011

Filter Rokok Adalah Dari Darah Babi!




Bukan hanya merokok itu membawa maut tetapi penyelidik mengakui tisu darah babi digunakan untuk membuat filter rokok.

Pada pengakuan yang memungkinkan mengakibatkan rasa bingung dan cepat terkejut kepada perokok, seorang penulis Belanda akan mengeluar sebuah buku yang mendakwa darah babi (khinzir) digunakan sebagai bahan membuat filter rokok.

Buku berjudul 
Pig 05049 yang ditulis oleh Christien Meindertsam menyenaraikan 185 cara anggota-anggota babi boleh digunakan termasuk gula-gula, shampoo, roti, bird dan peluru. Mengikut buku ini, Hemoglobin (darah) babi digunakan untuk menapis racun atau kimia yang berbahaya yang berada pada rokok.

The Indonesian Consumer Protection Foundation (YLKI) mahu pihak berkuasa menyelidiki dakwaan ini. “Kalau dakwaan ini benar National Food and Drug Monitoring Agency (BPOM), the Ministry of Health and the Indonesian Ulema Council’s Food and Drug Analysis Agency (LPPOM) wajib membuat penyelidikan sampel dengan kadar yang segera.,” rayu Tulus Abadi, Pengerusi YLKI, kepada 
Jakarta Globe.

Mengikut Tulus pengeluar rokok memang mengunakan penapis rokok dan tidak ada yang diproses secara local.

Professor Simon Chapman dari The School of Public Health di University of Sydney berkata dalam Web university tersebut, “many devout Islamic and Jewish smokers and some vegetarians would be horrified to think they were putting a filter in their mouth which contained a pig product.”