Buat Hadiah Rekaan Anda Secara Online!

02 December 2009

Windows 8 pada 2012

Baru sahaja sebulan sejak Microsoft melepaskan Windows 7 kepada umum, dan melalui maklumat yang didapati daripada Microsoft, ianya kelihatan yang mana versi seterusnya sistem operasi mereka akan dapat dilihat dalam tempoh masa tiga tahun lagi, iaitu lebih kurang pada tahun 2012.





Melalui Windows 8 selewat-lewatnya pada tahun 2012. Ianya maih lagi lama lagi, dan para pengguna yang sudah pun melangakui Windows Vista sebelum ini, mungkin tidak akan menunggu sekian lama untuk sistem operasi Microsoft yang terbaru, dan mungkin akan mencuba Windows 7. Microsoft sendiri mengumumkan yang mana Windows 7 amat laku, dan dijual dengan amat laju sekali buat masa ini.
Buat masa ini, info-info berkaitan Windows 8 masih belum kelihatan lagi. Namun begitu, ianya diketahui yang mana Windows 8 kelak hanya akan membawakan sokongan untuk komputer 64-bit sahaja, dan akan membawakan sokongan sehingga 128-bit. Berkemungkinan besar, Windows 7 adalah sistem operasi versi 32-bit terakhir daripada Microsoft.”


Walaupun buat masa ini Microsoft masih belum bercakap berkenaan Windows 8 kepada umum, beberapa berita kedengaran mengatakan Windows 8 yang bakal dilepaskan pada 2012 kelak. Windows 8 kelak dikatakan bakal membawa evolusi antaramuka sekali lagi dengan beberapa penambahan menarik.
Windows 7 memperlihatkan evolusi antaramuka daripada Windows Vista, yang mana antaramukanya diperkemaskan dengan prestasi yang amat menggagumkan sekali. Windows 8 dijangka akan berevolusi lagi sekali dengan membawakan NUI/GUI generasi baru, dengan bukan sekadar sokongan sentuhan, tetapi lebih daripada itu.
Buat masa ini, ianya masih belum diketahui yang mana Windows 8 akan digunakan sebagai nama kod untuk sistem operasi Windows yang baru kelak, tetapi, buat masa ini, ramai memanggilnya dengan menggunakan nama kod tersebut. Ianya juga dikatakan bahawa selain daripada sentuhan, Windows 8 juga akan membawakan sokongan suara dan ucapan sekali.

AWESOME!!
Tak sabar nak tunggu.
Source : (http://amanz.my/)



No comments:

Post a Comment

Kalau dah baca tu, komen2 la sikit....