Di Bloomington, seekor kucing dilaporkan cedera parah terkena tujaman anak panah. Yang ajaibnya ia masih mampu hidup kepalanya telah ditembusi anak panah tersebut.Sungguh Allah Maha Kuasa.
Kucing yang diberi nama Brownie itu dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab namun doktor haiwan tersebut percaya kucing itu selamat kerana ia baru kehilangan salah satu daripada sembilan nyawanya.
Seorang doktor haiwan di sini berjaya menyelamatkan nyawa Brownie yang berusia empat tahun apabila anak panah sepanjang 33 sentimeter di bahagian tengkorak itu dikeluarkan.
Inilah yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal. Cuba bayang dan dengar-dengarkan apakah kata-kata dan rintihan si Brownie ini sebelum anak panah selamat dikeluarkan? Allah Allah Allah...nyiluunya....
No comments:
Post a Comment
Kalau dah baca tu, komen2 la sikit....