Buat Hadiah Rekaan Anda Secara Online!

30 November 2009

Cara shopping pada masa akan datang

Aku suke!!best la nk shopping cmni..x payah susah2 cari fitting room lg dowh...xde lak nak timbul isu skodeng lam fitting room tu...huhuhu....
Korang tunggu la...suatu hari nanti mesti apa yg ditunjukkan lam video ni akan menjadi kenyataan....zaman dah maju....dunia dah berubah...



Awesome!!

Lelaki yang Susah

Kenapa lelaki rasa cmni??adakah ia disebab perempuan??atau sebab lelaki itu sendiri??

1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.


2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.


4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.


5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.


6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.


7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.


8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.


9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.


10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.



Korang renung-renungkanlah...dan selamat beramal....



OH! Dungun

Dah lebih kurang 20 tahun aku duk kt dungun ni....2 tahun je sebenarnye.....huhuhu.....
Tapi aku tak pernah pun rase cm orang Dungun...maybe aku ni mmg bukan orang Dungun kot...arghh...mmg la bukan dowh....aku orang BP la dowh...Umbrella Hills....ekekeke......aku sedang merapu ni....ntah pape....giler kot...tgk je la 2 3 keping foto kt bawah ni.....kt bandar Dungun la tu.....baru snap td ngn henfon SE S500i Hafiz Samad mase tunggu Judin g beli selipar.....


























Haa..mamat yg tgh berjalan(x nampak die bjln sebab ni gambar still) tu la Judin...haha....blurrr.......

29 November 2009

Ibadah Korban


Hukum Korban
Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.
Waktu melakukan ibadah Korban
Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.
Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?
Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.
Pembahagian daging
Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).





































Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?
Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir.





































Bolehkah daging korban disimpan?
Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.





































Sedekah pahala korban unuk Nabi
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untukdirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi
Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w  dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.

24 November 2009

Lembu yang Gagah Perkasa

Ntah pape aku citer pasal lembu lak nih...btw...enjoy it...(enjoy dgn lembu??)



Ade lagi...klik more tu....

23 November 2009

Foto kemalangan Ngeri..!!

Foto-foto di dalam entry ini amat NGERI dan JIJIK dan mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pihak. Bagi mereka yang  mudah lemah semangat dan takut akan darah dinasihatkan supaya tidak meneruskan hajat untuk membaca entry ini. Jika ada pihak yang berdegil dan telah termuntah ke atas komputer masing-masing, pihak Green Boy a.k.a Budak Hijau tidak akan bertanggungjawab.

Harap Maklum.